Program Ceria Warga Emas & Majlis Perasmian Pusat Aktiviti Warga Emas Setiawangsa

23 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 22 jun 2019 yang lalu, PPR Kg. Baru Air Panas telah bekerjasama dengan Persatuan Penduduk PPR Kg. Baru Air Panas dan Pusat Aktiviti Warga Emas Setiawangsa (PAWE) bagi menjayakan program Program perasmian PAWE bersama penduduk PPR Kg. Baru Air Panas. Program ini turut dihadiri oleh Dato Fauzi Ahmad bekas ADUN sebagai jemputan kehormat. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menjalinkan hubungan antara pihak pengurusan Pusat Internet PPR Kg Baru Air Panas bersama dengan komuniti PPR Kg. Baru Air Panas dan mengenal pasti fungsi-fungsi serta peranan PAWE kepada komuniti.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan kepada pengunjung antaranya ialah, Zumba, pertandingan karoke,Jualan Booth Usahawa-usahawan muda, pemeriksaan kesihatan dan sebagainya. Hal ini secara tidak langsung dapat menarik minat warga emas komuniti PPR Kg. Baru Air Panas untuk berkunjung ke PAWE dan menggunakan Pusat Internet sebagai salah satu tempat untuk mereka mendapatkan sumber rujukan. Di booth Pusat Internet pelbagai aktiviti diadakan, antaranya ialah program yang dijalankan adalah advokasi kepada pengunjung.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali